Tuesday, October 27, 2009

Sambal Belacan Best


Bahan-bahan ( 1 mangkuk )
• 1 cawan cili padi • 1/4 cawan gula • 1/4 cawan garam • 1 sudu besar belacan • 1 biji tomato • 1/2 biji bawang besar • 1/2 biji lemon/asam limau ( diambil airnya) • Sedikit air ( jika dikisar )
Cara-cara
1. Bakar belacan selama 2 minit atau nampak garing
2. Masak bawang besar dgn microwave dengan suhu 600w selama 2 minit atau boleh juga dibakar
3. Kemudian kisar semua bahan-bahan di atas ( tp untuk mendapatkan rasanya asli n kaw blh guna lesung batu sahaja ).
4. Siap untuk dihidang ...

haaa...selamat mencuba sehingga panas telinga...

Sunday, October 25, 2009

Haaaa.....resepi 1st yg Cik Tiah bawakan tuk kawan2 sumer ni sangatlah senang...n bahan tuk buat jugak sumernyer sudah tersedia kat rumah kiter...so. Cik Tiah harap korang dapatlah mencubanya..dan juga harap2 menjadilah....

BAHAN UNTUK IKAN

· 2 EKOR IKAN SIAKAP / KERAPU ( IKUT SELERA )

· 2 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG

· PUTIH TELUR

BAHAN UNTUK KUAH

· 2 BIJI BAWANG BESAR

· 2 BIJI CILI MERAH BESAR

· 3 SUDU BESAR SOS TOMATO

· 3 SUDU BESAR SOS CILI

· 2 SUDU AIR LIMAU NIPIS

· GARAM & GULA SECUKUP RASA

· MINYAK UNTUK MENGGORENG

CARA-CARANYA

· LUMURKAN IKAN DENGAN TEPUNG JAGUNG DAN PUTIH TELUR . PERAPKAN SEKEJAP.

· PANASKAN MINYAK MASUKKAN BAWANG BESAR YANG SUDAH DIPOTONG DADU. ( XPERLU TUNGGU HINGGA KUNING ).

· KEMUDIAN MASUKKAN SOS CILI DAN SOS TOMATO.

· MASUKKAN CILI MERAH BESAR.

· JIKA NAMPAH KUAH AGAK PEKAT, BOLEH DITAMBAH DENGAN AIR.

· KEMUDIAN MASUKKAN GARAM DAN GULA SERTA PERISA SECUKUP RASA.

· SETELAH MASAK, MASUKKAN AIR ASAM LIMAU ( SECUKUP RASA ).

· SELEPAS ITU BOLEHLAH MULA MENGGORENG IKAN, SETELAH IKAN MASAK TUANGKAN KUAH TADI KE ATAS IKAN.

· BOLEH JUGA DITAMBAH HIASAN DENGAN DAUN BAWANG / DAUN SUP/ TOMATO/APA2 YG SESUAI.

Selamat mencuba masakan terbaru wat famili tersayang......moga2 kita sama mendapat berkat dariNya....aminnnn...:O)

Friday, October 23, 2009

Jom Masak-Masak

Assalamualaikum......

Alhamdulillah...akhirnya dapat jugak penulis membuat blog tuk masak-masak. ermmm...sebenarnyer dah lme terpikir nk mewujudkan blog nih...pastu rmi pulak kwn2 yang suggest tuk cik tiah buat belog masak2 nih ( rmi sgt la kan ) tp sbb byk lagi komitmen yang lebih penting..so penulis dahulukan pe yang lebih penting...izinkn penulis membahasakan diri sbg cik tiah...haaa..sng ckit...xla pengunjung2 tertanya2 sapela nme empunyer blog yg cantik manis cute miut nih ( ala...terlebey prasan suda..)..oklah..pape pun cik tiah harap pengunjung2 belog cik tiah terhibur n dapat try resepi2 yang cik tiah sajikan...hehehe..( macamla sume sedap )...erm..resepi2 ni bkn cik tiah wat sume...ade yg amik drp kawan...ade yg amik lam tenet..hihi..ade yg reka sndr...n plg pntg...resepi dr emak cik tiah....okeh..hope u all enjoy n sme2lh kita puan2,tuan2.cik2,encik2...memeriahkan blog ni...

wassalam....

;;

Template by:
Free Blog Templates